
Ketua Pengarah MetMalaysia, Hisham Mohd Anip mengesahkan kejadian itu berlaku di kawasan laut.
“Gempa bumi itu berlaku di Selat Melaka, namun tiada gegaran dilaporkan setakat ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Satu gempa lemah dilaporkan berlaku di sekitar Semerah, Batu Pahat pada 1.57 tengah hari tadi.
Ia merupakan gempa lemah ketujuh di Johor, selepas enam gegaran terdahulu yang melanda Segamat dan Yong Peng.
Fenomena gempa lemah dipercayai berpunca daripada aktiviti sesar tempatan yang aktif di sekitar kawasan terbabit, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk terhadap tahap keselamatan infrastruktur dan bangunan lama.