Bila suami isteri bergaduh jangan sesekali bawa kereta

Bila suami isteri bergaduh jangan sesekali bawa kereta

Apabila hon berbunyi di jalan raya, menandakan seseorang itu mempunyai masalah mental.

Pasang surut rumah tangga biasa dalam kehidupan suami isteri.

Ada masanya semua nampak bahagia tapi tidak dinafikan ada masa pertengkaran pasti berlaku.

Dan sebaiknya jika sedang bertengkar sesama suami isteri janganlah memandu kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah nyawa orang lain juga.

Menurut Pakar kriminologi, Akhbar Satar apabila hon berbunyi di jalan raya, itu menandakan seseorang itu mempunyai masalah mental kerana dia melepaskan geram di atas jalan raya.

Malah, dengan cetusan ini jugalah boleh membuatkan kita marah dan lebih teruk lagi pemandu kenderaan akan saling bertindakbalas.

Inilah yang akan menjadi salah satu pembuli jalan raya.

Antara tip yang disarankan semasa berada di jalan raya bagi mengelakkan tingkah laku agresif ialah:
  1. Suami isteri yang bergaduh jangan bawa kereta kerana ia memberi emosi dan secara tidak langsung jika ada kesalahan kecil sekalipun semasa memandu akan ada perasaan marah pada pemandu lain.
  2. Rancang perjalanan dengan baik.
  3. Anggap sahaja, pemandu lain yang membunyikan hon itu ada masalah atau tujuan lain.
  4. Diri sendiri hendaklah bawa kereta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Sumber: mingguanwanita.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.