Beli beg tidur tembaga RM2,061 gara-gara alahan wifi

Beli beg tidur tembaga RM2,061 gara-gara alahan wifi

Gladwell bimbang teknologi 5G akan jejaskan kesihatannya yang alah kepada wifi.

Seorang wanita mengakui dia terpaksa tidur menggunakan beg tidur tembaga bernilai 400 pound (RM2,061) selepas mendakwa dirinya mengalami “alahan kepada wifi”.

Rosi Gladwell, 70, berkata, sekiranya dirinya terdedah kepada wifi, dia akan berasa lemah, mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian muka seperti dilaporkan Mail Online.

Disebabkan keadaannya itu, dia sanggup menghabiskan ratusan pound untuk melindungi dirinya terhadap radiasi elektromagnet dan Gladwell kini bimbang teknologi 5G mungkin menjejaskan kesihatannya.

Gladwell baru-baru ini dirakam tidur menggunakan beg tidur berkenaan ketika menaiki feri untuk bercuti dari United Kingdom (UK) ke Sepanyol bersama keluarganya.

Sumber: Mail Online

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.