
Datuk Bandar Ipoh, Rumaizi Baharin, mengesahkan kejadian kedua yang berlaku, pada 11 Mei.
Katanya, susulan itu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memasang 17 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik dengan anggaran kos RM50,000, dijangka siap menjelang Julai.
Beliau berkata, pihaknya percaya kecurian didalangi tiga individu dengan mencuri 50 biji tembaga yang menjadi komponen lampu limpah dengan setiap satu berharga sekitar RM1,300.
“Kecurian itu berlaku waktu malam awal Mei. Bilik sama dipecah masuk yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah. Kita memang kunci (bilik) tetapi mereka (pencuri) pecahkan kunci itu.
“Kita syak kerja ini dilakukan lebih tiga orang, memang ada pengawal di kawasan pos pengawal tetapi kawasan di situ luas dan banyak lokasi mereka (pencuri) boleh masuk.
“Mereka curi salah satu komponen lampu limpah itu, atau ‘copper’ (tembaga). Sebiji tembaga bernilai sekitar RM1,300, mereka curi dalam 50 biji,” katanya menurut Astro Awani.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Stadium Indera Mulia, Ipoh.