Tidak menggalakkan tetapi lakukannya dengan cara selamat elak HIV, Aids

Tidak menggalakkan tetapi lakukannya dengan cara selamat elak HIV, Aids

Sasaran untuk menghapuskan Aids dan HIV menjelang 2030 bakal dicapai jika orang ramai bersama-sama memberi pendedahan mengenai hubungan seks yang selamat.

Mencegah lebih baik daripada merawat! Itulah pepatah yang sering digunakan masyarakat hari ini jika mahu elak daripada apa jua penyakit atau sengsara di kemudian hari.

Begitu juga daripada aspek pendidikan seks apabila ada sesetengah pihak memandang ia perkara yang remeh dan tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka ataupun dengan kanak-kanak yang sedang meningkat usianya.

Tetapi hakikatnya topik sebegini seharusnya dibincang dan didedahkan seawal yang mungkin supaya golongan remaja akan lebih mengetahui keburukan dan padah jika terlibat dalam sebarang aktiviti seks tanpa sebarang perlindungan.

Sehubungan itu menerima reaksi negatif daripada masyarakat umum bukanlah penghalang untuk sesiapa sahaja terus menyebarkan kesedaran bagi membendung HIV dan Aids kepada umum.

Dan itulah yang dilakukan Yayasan Aids Malaysia (MAF) yang berkolabrasi bersama The Body Shop Malaysia dan One Condom, Karex yang sedaya upaya memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sentiasa peka dengan HIV dan Aids.

Malah One Condom, Karex juga memperkenalkan kondom Super Sensitif mereka dalam kempen ini.

Pengerusi MAF, Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman, berkata perkongsian yang dilakukan yayasannya itu adalah untuk memerangi kes jangkitan HIV daripada menular secara meluas di negara ini, dan juga untuk mendidik orang ramai mengenai seks yang selamat.

“Selama bertahun-tahun, kami telah berjaya mengurangkan jumlah kes positif HIV di kalangan pengguna dadah suntikan menerusi projek pengurangan kemudaratan dan program pertukaran jarum suntikan,” katanya.

Beliau berkata matlamat MAF untuk mengenal pasti 90% daripada orang yang positif HIV tahu mengenai status mereka dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Dan kempen ini bagi meningkatkan kesedaran bagaimana kehidupan sosial masa kini mampu menyebabkan jangkitan HIV meningkat hasil daripada hubungan seksual.

Sehubungan itu, MAF dan The Body Shop mengambil inisiatif menggalakkan penjualan 12,000 One Condom dengan kualitinya ditingkatkan.

Kondom tersebut akan dijual pada harga RM6 setiap kotak dan boleh didapati di semua kedai The Body Shop (kecuali Sarawak, Premium Outlet Johor dan Mitsui Outlet Park).

Dan hasil daripada jualan itu akan disalurkan ke dana kepda MAF untuk pelbagai projek dalam menghentikan penularan Aids.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, peratusan individu terkena jangkitan HIV menyaksikan penurunan 60 peratus sejak 2002 hingga 2017, dari 28.4 kepada 10.3 setiap 100,000 orang.

Untuk makluman HIV tidak berjangkit melalui ciuman, perkongsian makanan, bersin, batuk, sentuhan kulit luaran yang tiada kecederaan mahupun berkongsi tempat tinggal, kerja atau belajar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.