
Pakar Perancang Bandar Belanda, Frans-Anton Vermast berkata tiada pihak berkepentingan harus diabaikan daripada proses itu walaupun gelandangan.
Bercakap pada persidangan di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau berkongsi pengalamannya dengan pihak berkuasa perancang Amsterdam termasuk gelandangan dalam proses perundingan untuk membangun bandar.
“Salah seorang lelaki datang dan berkata, ‘Okay, kami gelandangan, kami tidak ada alamat rasmi tetapi kebanyakan daripada kami ada telefon bimbit.’
“Dia berkata, ‘bolehkah anda sediakan pengecas USB di semua perhentian trem dan bangunan lain di tempat awam supaya kami boleh mengecas telefon kami sepanjang malam ketika kami tidur di jalanan?'” Vermast yang secara aktif terlibat dalam pembangunan bandar pintar memberitahu FMT.
Vermast berkata komen itu diterima dengan baik dan tersenarai ke papan pelancongan Amsterdam, yang memutuskan langkah lebih baik dengan pemasangan WiFi percuma di semua perhentian trem di ibu negara Belanda.

Seorang pakar lain berkata kontroversi semasa proses maklum balas awam untuk projek bandar perlu dialu-alukan.
Caroline Bos, yang mengasaskan bersama UNStudio, pakar global dalam seni bina dan pembangunan bandar, berkata bangkangan terhadap projek boleh menimbulkan kontroversi tetapi juga boleh menyebabkan orang awam mempunyai minat dan keterlibatan yang lebih besar kepada projek tersebut.
Tetapi beliau memberi amaran terhadap membenarkan perbincangan ini menjadi rutin.
Beliau berkata persepsi tentang proses maklum balas orang ramai sebagai prosedur semata-mata boleh membuatnya tidak menarik bagi sesetengah pihak.
“Kami tidak meminta orang ramai hanya duduk sahaja di dalam bilik dan berbual mengenai apa yang kami sampaikan. Kami mencari penglibatan aktif sekarang,” katanya.
Vermast berkata pihak berkuasa mesti bersedia menerima maklum balas yang mungkin mereka tidak mahu dengar untuk mendapatkan perspektif lain.
Stuart Moseley, yang mengetuai Pihak Berkuasa Perancang Victoria, berkata profesional yang terlibat dalam perancangan bandar mesti mempunyai pemahaman tentang kerumitan penglibatan dengan orang awam.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Perancangan Victoria, yang ditugaskan menasihati kerajaan Australia untuk menjadikan bandar Melbourne dan kawasan sekitarnya lebih mudah didiami, mempunyai individu yang khusus dalam perundingan awam.