Zamani Slam akhirnya bergelar suami pada usia 48 tahun

Zamani Slam akhirnya bergelar suami pada usia 48 tahun

Zamani melangsungkan pernikahan dengan Nur Juliana dengan mas kahwin RM300.

Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani, 48, selamat menamatkan zaman bujang dengan Nur Juliana Abdul Rani Sabtu baru-baru ini.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu telah berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.

Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Juliana, 36, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama hantaran tujuh berbalas sembilan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun itu bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.