
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, jenazah Allahyarham akan disalatkan dan dikebumi di tanah perkuburan berdekatan Kota Damansara, dekat sini, selepas salat Zuhur hari ini.
“Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali akibat komplikasi jantung dan strok sejak enam bulan lalu.
“Minggu lalu, doktor di IJN memberi kebenaran kepada beliau untuk pulang ke rumah, iaitu rumah anaknya di Rawang.
“Didoakan supaya roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya.
Ahmad Said memegang jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dari 14 Mei 2007 hingga 31 Dis 2009 sebelum digantikan dengan Abu Kassim Mohamed.