Zahid: Pendirian sama, kerjasama Umno-PAS lebih mudah banding dengan DAP

Zahid: Pendirian sama, kerjasama Umno-PAS lebih mudah banding dengan DAP

Presiden Umno menyorot perhatian media kepada kerumitan kerjasama antara PAS dan DAP sebelum ini.

KUALA LUMPUR:
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi percaya kerjasama antara Umno dan PAS lebih mudah dijayakan kerana kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar itu berkongsi pendirian yang sama.

Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini, Zahid yang duduk bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik perhatian media kepada kerumitan bekerjasama dengan DAP, seperti yang dialami oleh PAS.

“Bila PAS bersama DAP, ia lebih rumit daripada penyatuan bersama Umno… saya boleh katakan kerjasama ini lebih mudah berbanding kerjasama dengan DAP,” katanya selepas pemeterian piagam kerjasama Umno dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dua gabungan yang dianggotai PAS dan DAP tidak berjaya iaitu Barisan Alternatif (1998-2004) dan Pakatan Rakyat (2008-2015). Antara tahun 1990-1996 PAS menganggotai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Semangat 46, yang turut membentuk Gagasan Rakyat bersama beberapa parti lain termasuk DAP untuk menentang Barisan Nasional (BN) yang Umno bertindak sebagai parti utama dalam PRU 1990 dan 1995.

Pakatan Rakyat juga dianggotai PKR. Pakatan Rakyat berkubur pada 2015.

Ditanya mengenai penerimaan oleh MIC dan MCA, Zahid memaklumkan ia akan dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi BN dalam masa terdekat.

“Walaupun komponen BN bersetuju dengan piagam dan kerjasama ini, kita akan muktamadkan sekali lagi di mesyuarat majlis tertinggi nanti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.