NGO: Melayu terikut budaya, pemikiran asing kerana tiada agenda bangsa

NGO: Melayu terikut budaya, pemikiran asing kerana tiada agenda bangsa

Hinggakan orang Melayu bimbang dianggap 'rasis' atau 'tidak Islamik' jika memperjuangkan nasib bangsa.

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya.
KUALA LUMPUR:
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) hari ini berkata orang Melayu terikut budaya dan pemikiran asing kerana kerajaan tidak mahu membawa agenda bangsa Melayu.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata ketiadaan agenda bangsa yang khusus untuk orang Melayu menyebabkan kaum majoriti itu hilang jati diri, hinggakan mereka bimbang dianggap “rasis” atau “tidak Islamik” jika memperjuangkan nasib bangsa.

“Orang Melayu dah tiada identiti yang mereka nak pegang, dan kepimpinan kerajaan tidak mahu bawa agenda ini,” katanya di satu forum sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau juga membidas peminggiran agenda Melayu oleh kerajaan sedia ada, mengatakan orang Melayu tidak perlu meminta maaf dalam memperjuangkan nasib bangsanya.

“Melayu dan Islam tak boleh dipisahkan daripada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau disertai penganalisis politik Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, setiausaha politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman dan Exco Pemuda Umno, Afif Othman dalam forum 2 jam dihadiri kira-kira 1,000 hadirin.

Aminuddin menyeru kerajaan supaya mengangkat dan mempromosi sejarah sebagai salah satu agenda penting dalam pembangunan negara, seperti mana di Turki dan Barat.

“Cuba tuan puan pergi lawat Wisma Sejarah. Wisma Sejarah pun lengang – ada orang tua saja,” katanya.

“Akhirnya, kita tak tahu siapa kita.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.