Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama

Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama

Muhyiddin berkata beliau telah memaklumkan ketua polis negara jangan beri amaran lagi, sebaliknya ambil tindakan tegas.

Muhyiddin Yassin.
MUAR:
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara.

“Saya mahu bagi amaran, saya bagitahu Ketua Polis Negara (Abdul Hamid Bador) jangan bagi amaran-amaran, jika sudah ada bukti yang cukup individu itu telah melanggar undang-undang hasut orang dan buat perkara tidak baik sehingga boleh menjahanamkan negara, kita tidak akan bagi kompromi walaupun orang Pagoh yang buat, kita akan ambil tindakan tegas.

“Ini kerana kita nak pastikan apa yang kita bina selama 62 tahun tidak diruntuhkan, dirosakkan dan dihancurkan,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Pagoh di Dataran Bukit Pasir, di sini hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.