Duta kunci mulut mengenai tindakan keras terhadap warga Turki

Duta kunci mulut mengenai tindakan keras terhadap warga Turki

Arif Komis dan keluarga dihantar pulang pada Ogos atas permintaan Ankara.

Merve Kavakci.
SUBANG JAYA:
Duta Turki ke Malaysia enggan menjawab pertanyaan mengenai tindakan keras kerajaannya terhadap warganya di luar negara yang kritis terhadap pentadbiran Erdogan.

“Saya tidak akan buat wawancara mengenai perkara itu,” kata Merve Kavakci di satu acara mengenai pelaburan apabila ditanya mengenai penghantaran pulang seorang guru sekolah warga Turki dan keluarganya.

Arif Komis ditahan sejurus tiba di Turki, selepas polis Malaysia memenuhi permintaan Ankara untuk menghantarnya pulang atas dakwaan dia terlibat dengan kumpulan yang bersepakat dengan seorang agamawan Turki yang dibuang negeri, Fethullah Gulen.

Kerajaan Turki melabel Gulen seorang pengganas, dan menuduhnya mendalangi cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.

Langkah menghantar pulang Komus mengundang kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch dan Amnesty International.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menyenaraikan Komis sebagai orang yang dibimbangi terdedah kepada bahaya jika dihantar pulang ke negara asal secara paksa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.