
Putera Abdulaziz bin Salman dilantik bagi menggantikan Khalid. Abdulaziz merupakan abang tiri kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, tetapi kedua-dua mereka dilaporkan tidak rapat.
Khalid mengetuai kementerian itu sejak 2016.
Arab Saudi sebelum ini mengumumkan kementerian sumber asli baru diasingkan daripada kementerian tenaga.
Kedudukan Khalid dilaporkan tidak menentu selepas baru-baru ini tanggungjawab beliau menyelia pembangunan industri dan mempengerusikan Saudi Aramco, yang dimiliki kerajaan, dilucutkan. Beliau merupakan ketua pegawai eksekutif Saudi Aramco.
Putera Abdulaziz berkhidmat di kementerian tenaga sejak beberapa dekad lalu, termasuk sebagai menteri hal ehwal tenaga. Beliau disifatkan sebagai teknokrat yang berpengalaman.
Perubahan kedudukan dalam Kabinet ini muncul ketika Arab Saudi mahu menjual pegangan dalam Saudi Aramco, sebahagian daripada rancangan pembaharuan dibawa Putera Mahkota Mohammed agar negara itu tidak lagi bergantung kepada sumber minyak sepenuhnya.