
“Beliau dibenarkan. Solat tak dihalang untuk pergi,” kata Menterinya Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media selepas hadir himpunan bulanan KDN, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan wartawan sama ada kehadiran Naik dibenarkan selepas Bukit Aman menasihati pendakwah tersebut daripada membuat sebarang kenyataan.
Semalam, Ketua Polis Melaka, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, beliau sudah dimaklumkan oleh Mohd Rafiq Naizamohideen bahawa kehadiran Naik ke masjid berkenaan bukannya untuk memberi ceramah atau mengingkari arahan dikeluarkan polis sebelum ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai perkembangan terkini laporan akhir dan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Muhyiddin berkata ianya hampir selesai.
Jelasnya, laporan itu akan diselesaikan dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan oleh pengerusi RCI Wang Kelian kepada Yang di-Pertuan Agong awal September ini, seperti yang dilaporkan media pada Jun.
Muhyiddin turut mengulas isu pembatalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) cawangan negeri Johor dengan mengatakan persatuan tersebut hanya mengalami masalah pengurusan.
“Kerana mereka tak mematuhi peraturan pendaftar pertubuhan.
“Saya akan jemput pertubuhan pendaftar sama. Mana yang boleh betulkan, kita betulkan,” katanya.
Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa Pusat, Low Chee Chong dilaporkan menyerahkan surat rayuan berhubung pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) negeri itu.