Permaisuri jawab kritikan netizen ambil gambar ketika perbarisan Merdeka

Permaisuri jawab kritikan netizen ambil gambar ketika perbarisan Merdeka

Jarang sekali melihat Permaisuri membalas respon netizen di laman sosial, bagaimanapun Tunku Azizah terpanggil untuk menjawab dengan sopan netizen yang menyifatkan dirinya sebagai ‘kebudak-budakan’.

Permaisuri hari ini bertindak mempertahankan dirinya daripada dikritik seorang netizen yang menuduhnya bersifat “kebudak-budakan” kerana mengambil gambar ketika perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya Sabtu lalu.

Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dalam jawapannya kepada netizen tersebut dalam laman sosial Twitter berkata apa yang dilakukannya hanyalah berdasarkan arahan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Raja meminta saya mengambil gambar… Saya hanya mengikut perintah raja. Terima kasih atas komen anda,” jawabnya dengan sopan.

Tunku Azizah berkata demikian sebagai respons kepada pengguna Twitter bernama @Finalana1 yang mengatakan bahawa permaisuri berkelakuan seperti “anak kecil”.

“Bolehkah Tuanku hanya duduk seperti seorang permaisuri dan menghayati perbarisan dan bukannya seperti ‘rabbit in Alice in Wonderland’,” dalam postingnya yang menggunakan nama @Finalana1.

Posting itu ternyata mencetuskan kemarahan netizen lain yang menyifatkan @Finalana1 sebagai biadap.

“Biarlah tu permaisuri kami,” kata salah seorang netizen lain.

“Kami suka permaisuri kami.”

“HRH menikmati situasi ini, seperti orang biasa,” kata seorang lagi netizen.

“Biarkanlah permaisuri melakukan apa sahaja yang dia mahu, selagi ia sesuai,” kata yang lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.