Daripada anak penjual sayur kini miliki syarikat Ray-Ban, Oakley, Grandvision

Daripada anak penjual sayur kini miliki syarikat Ray-Ban, Oakley, Grandvision

Del Vecchio memulakan syarikat Rayban seawal usia 25 tahun dan kini memiliki kekayaan peribadi mencecah $23.4 billion (RM98 bilion).

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Ray-ban.

Ia sememangnya popular dalam kalangan mereka yang gemar memakai kacamata hitam.

Malah jenama Ray-ban bagi rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi sehingga ia menjadi aksesori wajib bagi pengantin lelaki Melayu atau mereka yang suka berjalan.

Tapi tahukah anda pengasas Ray-ban yang asalnya anak seorang penjual sayur di Itali pada usia 7 tahun, telah dihantar ke rumah anak yatim kerana ibunya tidak mampu membiayai mereka 5 beradik.

Bagaimanapun usaha Del Vechhio seawal usia 25 tahun, membuahkan hasil apabila kini beliau menjadi salah seorang bilionair terkemuka di seluruh dunia.

Beliau kini memiliki kekayaan peribadi mencecah $23.4 billion (RM98 bilion).

Setiap kali orang mencari kaca mata, pastinya pilihan mereka adalah Ray-Ban atau Oakley.

Dan kebanyakkan jenama ini sebenarnya milik Essilor Luxoticca yang pengasasnya adalah Del Vecchio.

Untuk pengetahuan, Essilor Luxottica sebenarnya adalah gabungan dua syarikat terbesar dalam industri iaitu Essilor & Luxoticca.

Mereka membentuk syarikat kaca mata terbesar di dunia yang mempunyai 150,000 pekerja di seluruh dunia.

Jenama mereka, iaitu Ray-Ban dan Oakley merupakan top brand dalam industri eyewear di dunia.

Lebih menakjubkan lagi apabila billionaire Ray-Ban, Leonardo Del Vecchio telah bersetuju untuk membeli syarikat pesaing mereka iaitu Grandvision pada harga $6.1 billion.

Pada tahun lepas keuntungan bersih GrandVision sahaja $4.52 billion.

Dengan perolehan ini, mereka berpeluang membuka 7,200 rangkaian dan memberikan 37,000 peluang kerja secara global.

Lebih menyeronokkan apabila pekerjanya terdiri daripada pelbagai negara yang aktif seperti Eropah, Amerika Latin & Timur Tengah serta 70% daripadanya adalah wanita.

Justeru, Essilor Luxottica pasti akan melangkah lebih jauh dengan pembelian GrandVision.

Luxoticca Group adalah syarikat pembuat kacamata di Itali dimana mereka juga mendapat hak eksklusif untuk edisi terhad seperti Giorgio Armani, Michael Kors dan Prada.

Dengan dominasi sebegini dalam pasaran, Del Vechhio akan lebih berkembang dengan jayanya.

Kisah Del Vechhio harus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar.

Bagaimana dengan bermula susah, hari ini beliau memiliki kekayaan $23.4 bilion.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.