Produk kecantikan adalah alternatif yang digunakan ramai orang khususnya wanita untuk penjagaan diri dan kulit.

Kebiasaannya mereka akan terpedaya dengan hiasan luaran set kecantikan itu dan yakin kandungannya adalah terbaik, apatah lagi dijual pada harga yang mahal.
Sudah tentu ia menjanjikan kesan positif untuk diri anda.
Sama ada ingin kelihatan lebih putih, kulit lebih anjal, dan gebu, anda hanya akan terus menggunakannya mengikut syarat yang ditetapkan.
Mengharapkan kesan yang anda inginkan secepat mungkin, anda tidak menghiraukan kandungan produk tersebut sama ada membahayakan kesihatan ataupun tidak.
Disebabkan itu terdapat beberapa perkara yang berlaku kepada sesetengah individu yang akhirnya membuat laporan kepada pihak terbabit.
Oleh itu, kenal pasti jenis kandungan yang ada dalam produk kecantikan anda.
Tretinoin
Ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih. Kulit boleh menggelupas dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Bagi sesetengah orang pula, kulit boleh menjadi teruk seperti kesan melecur.
Hydroquinone
Ia akan menyebabkan kulit menjadi merah. Warna kulit juga akan berubah dan kulit menjadi terlalu sensitif. Kadar perlindungan kepada sinar UV matahari akan berkurangan, ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Merkuri
Ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit dan menyebabkan kerosakan buah dada, pinggang dan sistem saraf. Jika anda mengandung, kesannya turut terkena pada bayi dalam kandungan dan mengganggu perkembangan otak mereka.
Jadi bayangkan jika produk kosmetik yang mempunyai bahan ini disapu pada kulit wajah, selepas itu tangan yang memegang krim tersebut dimasukkan dalam mulut dan bahan tersebut diserap dalam tubuh anda.
Jadilah pengguna yang bijak, jangan hanya kerana kecantikan, anda sanggup untuk menanggung risiko ini.
Sumber: US National Library of Medicine
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]