IJM masih tunggu keputusan kerajaan ambil alih lebuh raya

IJM masih tunggu keputusan kerajaan ambil alih lebuh raya

Kerajaan dilapor akan membuat tawaran mengambil alih lebuhraya bertol milik IJM Corp pada RM2.7 bilion.

SUBANG JAYA: IJM Corp Bhd masih menunggu keputusan kerajaan berhubung pengambilalihan 15 lebuhraya bertol di seluruh negara, termasuk yang dimiliki syarikat itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Soam Heng Choon.

“Belum lagi. Saya rasa, menteri ada menyebut soal pengambilalihan lebuhraya bertol akan hanya dikemukakan kepada Kabinet pada awal bulan depan. Oleh itu, sehingga tarikh itu, kami masih menunggu pengumuman dari pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-35 syarikat itu hari ini.

Laporan sebelum ini menyatakan kerajaan akan membuat tawaran untuk mengambil alih lebuhraya bertol milik PLUS Malaysia Bhd (termasuk Lebuhraya Utara Selatan) pada harga RM30.8 bilion; lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) pada RM3.1 bilion; lebuhraya milik Gamuda Bhd pada RM5.6 bilion dan IJM Corp Bhd pada RM2.7 bilion.

Bayaran bagi pengambilalihan itu menerusi terbitan kertas hutang kepada para konsesi terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang tawaran rasmi dibuat setakat ini ketika kerajaan masih dalam peringkat meneliti semua cadangan secara menyeluruh sebelum membuat pengumuman rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.