
Nahas yang tidak diketahui puncanya itu berlaku sejurus sebelum pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan berhampiran pekan Inca.
Selepas pertembungan berlaku, helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan pedalaman berdekatan Inca, manakala pesawat ringan pula terjatuh berhampiran sebatang jalan kecil.
Tujuh orang disahkan terkorban dalam nahas itu dengan 2 mangsa menaiki pesawat ringan, manakala 5 lagi menaiki helikopter.
Pengawal Sivil Sepanyol berkata, mereka percaya mangsa yang menaiki helikopter mungkin rakyat Jerman.
Presiden Kepulauan Balearic, Francina Armengol, meluahkan rasa bimbang dan duka cita berhubung nahas itu.
Pemangku Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, melalui akaun Twitter, menzahirkan “solidariti dan kasih sayang untuk keluarga mangsa yang kehilangan nyawa mereka dalam nahas tragik ini.”