
Mengulas laporan akhbar mengenai AP import produk makanan yang dijual secara meluas dalam talian, beliau berkata tindakan yang tegas akan diambil terhadap pemegang AP yang dikeluarkan kementerian itu jika terbukti mereka menyalahgunakan kemudahan itu.
“Buat masa ini kami belum terima apa-apa laporan berkaitan salah guna AP yang dikeluarkan kementerian ini.
“Contohnya AP untuk mengimport gula hanya dikeluarkan kepada pengeluar produk makanan dan minuman (F&B) dan polisi itu baru sahaja dilaksanakan, dan tiada laporan salah guna AP gula setakat ini,” katanya selepas merasmikan National Art Competition 2019 (NAC2019) anjuran Global Art & Creative Sdn Bhd, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar tempatan bahawa AP bagi mengimport pelbagai barangan makanan seperti tepung, ayam, daging, gula dan kubis bulat yang dikeluarkan kerajaan, dikesan diiklankan untuk dijual secara meluas oleh penerima kemudahan itu atau ejen mereka, menerusi laman sesawang dan media sosial.