Polis akan bedah siasat operasi mencari Nora Anne

Polis akan bedah siasat operasi mencari Nora Anne

Nora Anne ditemui di kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang beberapa kali dilalui kumpulan SAR.

Anggota SAR dalam operasi mencari dan menyelamat Nora Quoirin di hutan di Seremban. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Polis akan membuat post-mortem operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, setelah siasatan kesnya selesai.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada kes Nora Anne ditutup selepas penemuan mayatnya.

Remaja istimewa itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan kira-kira 60km dari sini.

Mayat remaja itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang, oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.

Lokasi penemuan itu sekitar 2.5 km dari resort ia dilapor hilang, kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang sebelumnya beberapa kali dilalui oleh kumpulan SAR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.