
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ronaldo Jr Ramos, 39, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Ronaldo didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada Lans Koperal Muhammad Fidzrii Mohd Zulkefli dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, pada kira-kira 5 petang 6 Ogos lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wafa Zainal Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Peguam tertuduh, P Muneswaran merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.