
Katanya, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima dengan menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH.
Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, sejumlah RM2.85 bilion disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari, dan fasa ke-2 pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum 4 orang anak.
Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur, katanya.
Katanya, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected].
BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.