Semua orang mahu kelihatan cantik, bohonglah jika ada yang mahu kelihatan hodoh tidak kiralah lelaki atau perempuan.

Dan setiap kali produk baru keluar di pasaran yang menjanjikan hasilnya cantik, putih dan menjadikan kulit anda lebih segar pasti ada akan termakan dengan janji-janji manis yang diberikan.
Namun adakah anda tahu bahawa tidak semua produk adalah bagus untuk diri anda?
Malah, ada produk yang mengandungi racun seperti merkuri yang anda hanya akan dapat lihat kesannya selepas beberapa tahun menggunakannya, bahkan ada yang terkesan justeru memakai produk tersebut.

Produk tersebut adalah Fjura Face Polish Treatment, Dnars Golden Cream, Glow Glowing N Glowing, Apple Diamond Day Loose, 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream dan 7th Series Yanko Whitening Cream Day.
Produk-produk tersebut tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun dimana racun tersebut boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.

Disebabkan produk tersebut mengandungi racun, ia tidak boleh dijual di pasaran.
Anda haruslah berhati-hati dalam memilih produk kecantikan anda agar tidak akan menyesal di kemudian hari.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]