
Setiausaha Politik Faizal, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata semua 3 ekor lembu itu sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk.
“Faizal memandang serius dakwaan penjualan 2 ekor lembu korban melibatkan kepimpinan PPBM Bahagian Bagan Datuk tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Faizal yang juga ketua PPBM Perak menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut selepas seorang ahli jawatankuasa PPBM Bahagian Bagan Datuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.
Semalam, AJK PPBM Bahagian Bagan Datuk, Bahaman Tokiran menggesa SPRM menyiasat 3 pemimpin bahagian itu yang didakwa mengambil hasil penjualan 2 daripada 3 ekor lembu itu.
Tiga pemimpin itu adalah Ketua PPBM Bahagian Bagan Datuk, Abdul Malik Karim, Timbalannya, Mohd Robion Bandi @ Ali Bandi dan Naib Ketua, Zul Azni Kamirin.
Sementara itu, Malik dan Robion ketika dihubungi FMT enggan mengulas dakwaan dilemparkan terhadap mereka.
Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan PPBM Perak.