KSU Kementerian Pelancongan dipanggil SPRM, kata menteri

KSU Kementerian Pelancongan dipanggil SPRM, kata menteri

SPRM mengeluarkan notis meminta Isham Ishak ke ibu pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan semalam.

PUTRAJAYA:
Ketua setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dipanggil dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Mohamaddin Ketapi mengesahkan perkara itu hari ini.

Mohammadin belum dimaklumkan secara rasmi kenapa Isham Ishak disoal, dan menambah dia tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

“Saya tegaskan kerajaan Pakatan Harapan ini merupakan kerajaan Malaysia bersih,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan pegawai-pegawai yang buat salah laku atau terlibat dengan rasuah.”

SPRM mengeluarkan notis meminta Isham ke ibu pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan semalam. Isham menggalas tugas ketua setiausaha pada Februari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.