
Berita baik untuk pencinta burger, “American fast food chain” telah mengembangkan rangkaiannya ke Cyberjaya.
Malah lebih menarik, bagi penggemar beragama Islam tidak perlu lagi gusar kerana kesemua makanan tersebut halal.
Pada masa yang sama, Burger Harley dan Roaster menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi supaya ia menjadi burger terbaik di Malaysia.
Tidak menggunakan ramuan tiruan dalam pembuatannya dan cuba mengekalkan keasliannya adalah prinsip Burger Harley.
Malah mereka juga menggunakan 100% daging lembu permium, daging ayam segar yang tidak pernah dibeku dan sudah pasti ia memberi kepuasan pada setiap gigitan burger itu.

Semua menu ini diilhamkan dari burger yang popular di California iaitu “In-N-Out Burger”.
Bagi mereka yang “vegeterian”, anda juga boleh mendapatkan burger di sini kerana terdapat burger khas untuk golongan tersebut disediakan bagi mereka yang tidak makan daging.
Selain itu, restoran ini turut mempunyai ayam panggang yang anda boleh rasainya.

Ayam tersebut akan dimasak bersama “Yunnan Peaberries” dengan campuran espresso, menghasilkan rasa yang sangat aromatik.
Ayam itu hanya akan dipanggang sebaik sahaja anda memesan, dan ia sesuatu yang ada patut mencubanya!
Jika anda ingin lebih mencabar, cubalah makan burger bersaiz 6×6 dengan pelbagai perisa daging pada harga RM31.50.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]