Wanita Filipina lahirkan bayi dalam pesawat ke Lubnan

Wanita Filipina lahirkan bayi dalam pesawat ke Lubnan

Wanita itu dilaporkan mengalami kesakitan untuk melahirkan bayi ketika berada di dalam tandas pesawat.

Salah seorang krew penerbangan Middle East Airlines memangku bayi perempuan yang dilahirkan wanita Filipina. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga Filipina melahirkan seorang bayi perempuan ketika dalam penerbangan Middle East Airlines (MEA) dari Doha ke Beirut baru-baru ini, lapor portal Stedfeed.

Wanita itu dilaporkan mengalami kesakitan untuk melahirkan bayi ketika berada di dalam tandas pesawat. Krew kabin bergegas membantunya dan memaklumkan kepada juruterbang, seterusnya mengalihkan penerbangan itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.

Bagaimanapun bayi itu dilahirkan sebelum pesawat tiba di negara teluk tersebut.

“Kami berbangga dengan krew dengan tahap latihan yang tinggi dan cara mereka bertindak. Mereka membuktikan belas kasihan, profesionalisme dan pemacu yang sangat penting,” kata Pengerusi MEA, Mohammad Al Hout dipetik sebagai berkata.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa kelahirkan bayi itu disambut pakar bidan yang ketika itu berada dalam pesawat, bagaimanapun maklumat itu tidak dapat disahkan.

Pengguna lain pula mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh menaiki penerbangan ketika kehamilannya berada pada trimester akhir, manakala yang lain pula berkata wanita itu melahirkan bayi pra-matang.

Pada 2017, seorang bayi lelaki dilahirkan dalam penerbangan Emirates semasa perjalanan dari Dubai ke Paris. Syarikat penerbangan itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Larnaka di Cyprus.

Pada 2016, penerbangan Saudi Arabian Airlines dari Jeddah terpaksa membuat pendaratan kecemasan di London apabila seorang wanita Arab Saudi melahirkan bayi ketika dalam perjalanan ke New York.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.