Pakistan sambut baik usaha cetuskan semula kebangkitan Islam

Pakistan sambut baik usaha cetuskan semula kebangkitan Islam

Pada sidang akhbar bersama Dr Mahathir Mohamad di Ankara, Khamis, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, soladiriti Turki, Malaysia dan Pakistan amat diperlukan bagi perpaduan dunia Islam.

Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi. (Gambar Twitter)
KARACHI:
Pakistan menyambut baik usaha presiden Turki dan perdana menteri Malaysia mencetuskan kembali kebangkitan serta kekuatan umat Islam menerusi kerjasama 3 negara, lapor agensi berita Anadolu.

“Sangat berbesar hati dan mengalu-alukan PM@chedetofficial dan Presiden @RTErdogan untuk Malaysia, Turki dan Pakistan mengembalikan semula kekuatan dan perpaduan dunia Islam,” kata Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi menerusi Twitter.

Pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad di Ankara, Khamis, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, soladiriti Turki, Malaysia dan Pakistan amat diperlukan bagi perpaduan dunia Islam.

Mahathir yang turut mempunyai pendapat sama berkata, “kerjasama antara Malaysia dan Turki akan membantu membebaskan umat Islam daripada belenggu kuasa pihak lain.”

Tulis Qureshi lagi,”saya bertuah kerana dapat turut sama dalam mesyuarat peringkat menteri 3 negara itu di luar Sidang Kemuncak Makkah OIC. Inisiatif 3 pihak ini penting untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan pembangunan dunia Islam.”

Perdana menteri Malaysia tiba di Ankara, Turki pada Rabu petang untuk mengadakan lawatan rasmi 4 hari.

“Sebab itu saya mencadangkan 3 negara Islam harus bekerjasama. Sekurang-kurangnya 3 negara (Turki, Malaysia dan Pakistan). Membolehkan kita lantang bersuara dan suara kita didengari dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan,” kata perdana menteri Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.