Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Pelabur juga memberi reaksi positif terhadap laporan bahawa pegawai AS akan ke China pada minggu depan untuk menyambung semula rundingan dagangan.
KUALA LUMPUR:
Ringgit kembali pulih selepas susut 2 hari berturut-turut apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan minat belian baru terhadap unit tempatan itu.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit mencecah paras 4.1165/1205 berbanding 4.1170/1200 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS ternyata tidak berubah selepas mencatat untung selama 3 hari berturut-turut menjelang mesyuarat dasar monetari Bank Pusat Eropah hari ini serta Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada minggu depan.

Beliau berkata, para pelabur juga memberi reaksi positif terhadap laporan bahawa pegawai Amerika Syarikat (AS) akan ke China pada minggu depan untuk menyambung semula rundingan dagangan.

“Ini membantu memancu sentimen dalam pasaran tukaran mata wang,” katanya.

Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0162/0196 daripada 3.0170/0196 semalam dan naik sedikit berbanding yen kepada 3.8052/ 8100 daripada 3.8099/8138.

Unit tempatan itu turut mengukuh berbanding euro kepada 4.5845/5898 daripada 4.5847/5897 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.1386/1444 daripada 5.1343/1397, sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.