Mahkamah benarkan DUN Sarawak rayu pelucutan status pemimpin DAP sebagai Adun Pujut

Mahkamah benarkan DUN Sarawak rayu pelucutan status pemimpin DAP sebagai Adun Pujut

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan pelucutan status Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut kerana memiliki 2 kewarganegaraan tidak mematuhi undang-undang.

Dr Ting Tiong Choon memulangkan kewarganegaraan Australia sebelum beliau memenangi kerusi DUN Pujut dalam pilihan raya negeri pada Mei 2016. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pelucutan status Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut kerana memiliki 2 kewarganegaraan.

Permohonan itu dikemukakan 3 pihak, iaitu Speaker DUN, Mohd Asfia Awang Nassar, Wong Soon Koh sebagai menteri kanan negeri itu dan DUN Sarawak.

“Speaker diwakili peguam kanan, Cecil Abraham dan Shakar Ram Asnani, manakala pemohon ke-2 diwakili George Lo dan pemohon ke-3 diwakili Timbalan Peguam Besar Negeri, Saferi Ali,” kata Asfia pada sidang akhbar di sini.

Pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan status Ting sebagai Adun Pujut tidak mematuhi undang-undang.

Pada 13 Julai, Mahkamah Rayuan memutuskan DUN melangkaui kuasanya apabila melucutkan Ting sebagai wakil rakyat kerana beliau sudah memulangkan kewarganegaraan Australia sebelum memenangi kerusi DUN Pujut dalam pilihan raya negeri pada Mei 2016.

Pada 12 Mei 2017, Ting dilucutkan statusnya sebagai Adun selepas Wong yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan e-dagang Sarawak membentangkan satu usul dalam DUN.

Asfia, Wong dan DUN Sarawak membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan, selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching menolak pelucutan status Ting sebagai Adun Pujut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.