Neelofa mohon maaf rakam filem Lion King di pawagam

Neelofa mohon maaf rakam filem Lion King di pawagam

Walaupun sekadar merakam beberapa saat untuk dimuat naik ke Insta story ia tetap satu kesalahan bagi harta intelek dan boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun atau denda RM20,000.

Semua orang sedia maklum merakam filem dalam panggung wayang satu kesalahan.

Malah sebelum filem ditayangkan, terdapat iklan dan pesanan yang disampaikan mengenai isu ini.

Adakah anda tahu hukuman yang boleh dikenakan ke atas anda jika anda didapati secara tidak sah merakam filem yang ditayangkan dalam panggung wayang?

Anda boleh dikenakan hukuman sebanyak RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Semalam kecoh dalam kalangan netizen apabila seorang pengguna Twitter membangkitkan isu Neelofa telah memuat naik video berdurasi beberapa saat di Insta story rakaman filem Lion King.

Isu terbabit terus mendapat perhatian pihak GSC dan TGV.

Ini menunjukkan pihak pawagam sangat memandang serius kesalahan ini dan status selebriti bukanlah satu lesen untuk Neelofa terlepas daripada berbuat demikian.

Namun, Neelofa telah memadam video berkenaan dan membuat permohonan maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

Neelofa menegaskan bahawa tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai seorang artis dia sangat menghormati sebarang perkara tentang harta intelek.

Isu merakam filem dalam pawagam nampaknya masih tiada titik noktah.

Mungkin kerana tiada kesedaran atau undang-undang tersebut dipandang ringan oleh pelaku-pelaku? Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.