2 beradik serang guru direman 4 hari

2 beradik serang guru direman 4 hari

Kedua-dua lelaki itu yang menyerah diri di IPD Bachok semalam, disiasat kerana kesalahan memukul dan menceroboh.

Ahad lepas, tular video memaparkan 2 lelaki menyerang seorang guru dalam perkarangan sekolah akibat salah faham.
BACHOK:
Dua beradik yang disyaki menyerang seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gunong ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 42 dan 30 tahun, dikeluarkan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret Azem Fatihi Kamal.

Kedua-dua lelaki terbabit, yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok semalam, disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memukul dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Ahad lepas, tular satu rakaman video berdurasi 3 minit 31 saat memaparkan 2 lelaki menyerang seorang guru di dalam perkarangan sebuah sekolah akibat salah faham berhubung anak saudara jagaannya yang digantung persekolahan.

Video itu turut memperlihatkan seorang daripada suspek bertindak mengasari dan cuba mengheret guru berusia 52 tahun ke luar pagar sekolah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.