
KUANTAN: Tiga termasuk 2 kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan 4 buah rumah di Kampung Sungai Isap, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan 7 tahun.
Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.
“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100% dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita, hari ini.