
Veteran politik itu mengingatkan rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada kemenangan PH pada pilihan raya umum lalu sekiranya pemimpin mereka bertelagah kerana berebut kuasa.
“Kita perlu tanya kepada diri kita, apakah kita akan terus mendapat mandat rakyat jika mereka melihat kita berterusan bertelagah kerana berebut kuasa?
“Tanpa sedar kerana berebut-rebut itulah kita akan hilang kuasa,” katanya dalam ucapan sempena pembukaan acara temu rapat pimpinan PKR malam tadi.

Azmin dan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengannya tidak keliharan di acara malam tadi, antaranya Naib Presiden Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju.
Malam tadi, Mahathir mengingatkan PKR bahawa mereka diberi mandat hanya untuk mengurus negara dengan baik dan membetulkan segala kesalahan kerajaan dulu.
“Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu,” katanya.