
Kejadian ketika Pang Hok Liong, ahli Parlimen Labis dari DAP, tiba-tiba mengumumkan “Sekurang-kurangnya saya tak cabuli gadis umur bawah” selepas ahli Parlimen Arau dari Umno, Shahidan Kassim meminta Dewan Rakyat menarik balik soalan berkenaan elaun Agong dan kemudahan lain yang dinikmatinya.
Kelakukan Pang itu mendorong Shahidan menggelarnya “bangsat”.
“Saya beri amaran. Orang luar melihat perangai kita dalam Dewan dan di depan kita murid-murid sekolah. Labis, tarik balik. Arau, tarik balik. Kalau tidak, dua-dua saya jemput keluar Dewan,” katanya.
Shahidan bertegas dia hanya akan menarik balik perkataan itu jika Pang menarik balik kenyataannya.
Pang bagaimanapun cuba mempertahan kenyataannya, mendakwa ia tidak ditujukan terhadap Shahidan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapakah sasarannya.
Mereka akhirnya menarik balik perkataan dan kenyataan bermasalah itu apabila Ariff berikrar akan mengusir mereka.