Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra berkongsi tarikh kelahiran sama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Dalam posting terbaru menerusi akaun Instagramnya @rihanapetra menceritakan peribadinya secara terperinci.
Oksana lahir pada 10 Julai 1992 dan tahun ini merupakan ulangtahunnya yang ke-27.

Kehidupannya mulai berubah pada 2015 apabila beliau memenangi pertandingan Ratu Cantik “Miss Moscow”.
“Saya mendapat ijazah sarjana muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan ratu kecantikan ‘Miss Moscow’. Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri. Pada masa yang sama, saya belajar di ‘Moscow School of Radio and Television’.

“Pada tahun 2016, saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan. Saya seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa. Pada tahun yang sama, saya membuka salon kecantikan di Moscow,” katanya.
Oksana kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2017 dan melangsungkan berkahwinan dengan baginda pada Jun 2018.

Ini merupakan posting ke-14 Oksana sendiri sejak berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan kini mempunyai 313 ribu “followers” sejak 4 Jun lalu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]