Insiden baru-baru ini yang berlaku di Johor tentang seekor biawak memanjat pagar rumah mendapat perhatian netizen.

Semalam seorang lelaki berbangsa Cina, Long Cherng Yee telah memuat naik gambarnya yang sedang berswafoto di hadapan rumah yang dipanjat reptilia itu.
Biawak tersebut dilihat memanjat rumah bernombor 23, cuba memanjangkan kepalanya melebihi pagar rumah dan terdapat 2 ekor anjing yang menyalak pada biawak tersebut.
Dalam Facebook Long, dia yang menulis dalam bahasa Cina berkata “Kamu bela anjing, saya bela buaya kecil, dengar dia (biawak) kata dia mahu beri saya wang, saya 52, dia 23, harap pada Sabtu, ha ha ha”
Posting Long itu mendapat hampir 3000 “share” dan 510 komen dari orang ramai.

FMT juga ada menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi mendapatkan maklum balas berhubung kejadian ini, namun dilaporkan kes ini tiada dalam rekod.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]