
Katanya, 4 faktor lain ialah pengaruh rakan, ingin kebebasan, masalah dalam keluarga dan mahu bekerja kerana tidak minat belajar.
Timbalan perdana menteri berkata, mencari kebebasan mencatatkan 7,159 kes, dipengaruhi rakan (3,167 kes), lari mengikut kekasih (2,252 kes), pertelingkahan keluarga (1,523 kes) dan tidak minat belajar (577 kes).
“Kes kebanyakan lari mengikut kekasih menunjukkan wanita 3 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) mengenai usaha kerajaan menangani kes kanak-kanak dan remaja hilang.
Wan Azizah berkata, sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja direkodkan polis dari 2011 hingga Mei tahun ini.
“Pecahan mengikut negeri yang tertinggi ialah Johor sebanyak 2,372 kes (16%), Selangor 12% atau 1,911 kes, Kedah 10% atau 1,526 kes dan Sabah 1,488 kes,” katanya sambil menambah Perlis paling sedikit dengan 298 kes.
Beliau berkata, statistik polis itu menunjukkan penurunan dengan 14,679 daripada 15,042 individu yang dilaporkan hilang itu dijumpai semula, manakala 26 orang ditemui mati dan baki 363 individu belum dijumpai.