Levi pelepasan dilaksana September ini, kata timbalan menteri

Levi pelepasan dilaksana September ini, kata timbalan menteri

Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan belum memutuskan mekanisme pelaksanaan levi itu.

Kerajaan menerusi Bajet 2019 mencadangkan levi pelepasan RM20 bagi negara Asean dan RM40 ke benua lain mulai 1 Jun lalu untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
KUALA LUMPUR:
Levi pelepasan akan dilaksanakan ke atas penumpang udara yang ke luar negara mulai September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Tetapi, katanya, kerajaan belum memutuskan mekanisme pelaksanaannya.

“Memang ada cadangan (mengambil kira kelas penerbangan) dan kita akan pertimbangkan.

“Kita juga ada menerima beberapa cadangan lain. Semua itu akan diambil kira dan dibentangkan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan caj yang akan dikenakan.

Sebelum ini, The Edge melaporkan kadar itu akan dibahagikan kepada kelas ekonomi dan perniagaan.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, levi pelepasan RM8 bagi penumpang kelas ekonomi dan RM20 bagi penumpang kelas perniagaan serta pertama yang terbang ke destinasi Asean, manakala negara lain dikenakan RM50 bagi kelas ekonomi serta RM150 kelas perniagaan dan pertama.

Menurut laporan itu, kerajaan bercadang memberi pengecualian kepada bayi 2 tahun ke bawah, penumpang transit yang meninggalkan Malaysia dalam tempoh 24 jam, kru bertugas, jemaah haji, agensi kerajaan dan mereka yang membeli tiket sebelum 1 September.

Kerajaan menerusi Bajet 2019 mencadangkan levi pelepasan RM20 bagi negara Asean dan RM40 ke benua lain mulai 1 Jun lalu untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.