Petua hilangkan kesan hitam di bahagian leher

Petua hilangkan kesan hitam di bahagian leher

Jika warna leher tidak sepadan dengan wajah sememangnya sesuatu yang tidak dapat diterima terutama sekali bagi wanita.

Semua wanita sudah pasti menitik beratkan kecantikan dan kebersihan.

Dan itulah aset utama bagi wanita tidak kira dalam apa jua keadaan.

Perkara yang paling ditakuti semua wanita adalah warna leher yang tidak sepadan dengan wajah.

Kesan hitam yang ada di leher amat memalukan, sekaligus membuatkan seseorang hilang keyakinan diri.

Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuba petua ini:

1. Ambil limau nipis dan perah.

2. Kemudian, ambil timun dan kisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.

3. Seterusnya ambil sedikit kunyit hidup dan tumbuk.

4. Campur dan gaul perahan air limau nipis serta ekstrak timun dengan kunyit sehingga sebati.

5. Apabila siap, sapu ramuan tersebut di bahagian leher yang hitam.

6. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam.

Selamat mencuba.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.