
Enam petugas kesihatan dan seorang wartawan adalah antara yang cedera, kata kementerian tanpa memberikan butiran lanjut.
Sejak Mac tahun lalu, penduduk Gaza mengadakan bantahan mingguan di sepanjang zon penampan bagi menuntut hak pelarian kembali ke rumah mereka di Palestin selepas diusir rejim Israel pada 1948.
Penunjuk perasaan turut menuntut pendudukan 12 tahun Israel di Semenanjung Gaza ditamatkan kerana ia memusnahkan ekonomi kawasan pesisir pantai itu dan 2 juta penduduk tidak menikmati keperluaan asas.
Sejak perhimpunan diadakan, ramai penunjuk perasaan terkorban, manakala ribuan lagi cedera akibat pertembungan dengan tentera Israel yang ditempatkan berhampiran zon penampan.