‘Saya tidak menolak jika menimang cahaya mata lagi’- Oksana

‘Saya tidak menolak jika menimang cahaya mata lagi’- Oksana

Menjadi seorang ibu adalah anugerah terindah buat semua wanita kerana memiliki cahaya mata yang ditunggu-tunggu sebagai penyeri hidup dalam keluarga.

Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra tidak menolak rezeki jika diberi peluang menambah cahaya mata lagi selepas ini.

Beliau menerusi posting terbarunya di laman sosial Instagram berkata beliau kini sedang melalui fasa seorang ibu yang sibuk membesarkan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

“Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu.

“Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran.

“Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibu bapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya,” tulisnya.

Oksana sebelum ini berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak lelakinya yang lahir pada 21 Mei 2019.

Bercerita mengenai perkembangan anaknya, Oksana berkata Ismail Leon mengalami penurunan berat badan yang mendadak serta mengalami “Jaundice”.

Namun semuanya kembali pulih seperti sedia kala selepas beberapa minggu.

“Berat badan Leon jatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga menghidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.

“Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 – 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca di luar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya,” jelasnya.

Katanya ia adalah tanggungjawab yang besar buatnya sebagai ibu untuk mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.

Oksana sebelum ini berkongsi detik percintaannya dengan Sultan Muhammad V serta pengalamannya ketika mengandung 9 bulan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.