
Beliau berkata polis sedang berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin.
“Biar kita halusi dengan sehalusnya siasatan kes ini,” katanya pada sidang media di suatu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Semalam, Mazlan memaklumkan satu pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan agensi lain sedang meneliti kesahihan video seks sejenis itu.
Beliau berkata tiada keperluan mendapatkan kepakaran asing setakat ini.
Sementara itu, Mazlan hari ini mengesahkan polis sudah mengambil keterangan Azmin, dan menambah siasatan tidak terhad kepada ahli PKR.
“Kita akan panggil sesiapa sahaja,” katanya.
Selain Azmin, polis sudah mengambil 21 keterangan setakat ini.