6 kesan sampingan jika minum teh susu terlalu banyak termasuk keguguran

6 kesan sampingan jika minum teh susu terlalu banyak termasuk keguguran

Selain kandungannn gula yang tinggi, teh susu atau teh tarik juga memberi banyak kesan sampingan lain yang ramai tidak ketahui.

Sejak kebelakangan ini, minuman teh susu atau teh tarik bukan sahaja popular di restoran mamak, malahan ia semakin terkenal di gerai jualan dalam pusat beli-belah.

Jika di India, Taiwan, Vietnam dan Kemboja minuman teh susu sudah sinonim dengan masyarakat setempat sehingga menjadi satu budaya warisan.

Walaupun terdapat pelbagai manfaat kesihatan daripada minuman berasaskan teh, namun pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan!

Jangan ambil mudah tabiat ini kerana risiko yang menanti amatlah membimbangkan.

Ketahui enam kesan sampingan yang menanti peminat tegar teh susu.

1. Imsonia

Seperti kopi, teh terutamanya teh hitam adalah sangat kaya dengan kafein.

Apabila badan anda mengandungi kafein yang berlebihan, terutamanya pada separuh hari yang kedua, ia akan menyebabkan gangguan tidur seperti imsonia.

Minum teh susu lebih dari dua cawan akan mengundang masalah tidur yang ketara.

2. Kerisauan melampau

Teh herba kamomil cukup dikenali dengan kemampuannya untuk memberikan ketenangan, namun amalan minum teh susu berlebihan boleh menyebabkan kerisauan melampau.

Walaupun teh boleh mengaktifkan sel otak untuk jadi tenang, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kimia otak jika diminum terlalu banyak.

Jangan minum teh lebih dari 150 milimeter sehari.

3. Jerawat

Salah satu kesan sampingan yang paling ketara adalah ke atas kulit dan kemunculan jerawat di seluruh badan.

Kuantiti teh yang kecil boleh membuang toksin dalam badan, tetapi jika berlebihan mampu membuatkan tubuh berasa panas dan ketidakseimbangan dalam kimia badan.

4. Sembelit

Teh mengandungi kafeina dan sejenis kimia yang dipanggil teofilina yang membuang toksin pada badan, menenangkan minda dan otot serta meningkatkan aliran darah.

Namun, sekiranya anda minum teh terlalu banyak, teofilina boleh menyebabkan berlakunya sembelit melampau sehingga membuatkan badan mengalami dehidrasi.

5. Ketidakseimbangan tekanan darah

Salah satu kesan paling bahaya adalah ketidakseimbangan tekanan darah kerana kadar degupan jantung meningkat sehingga menyebabkan tekanan darah naik jika diminum secara berlebihan.

6. Risiko keguguran

Siapa sangka hanya dengan minum teh akan menyebabkan keguguran.

Ini kerana minum teh boleh mengendurkan otot, tetapi bagi wanita hamil, otot yang terlalu relaks boleh mengakibatkan keguguran.

Elemen membuang toksin yang terlalu banyak atau aliran darah tidak sekata meninggikan risiko kesihatan pada ibu dan bayi.

Ibu hamil diminta untuk memantau pengambilan teh secara lebih berwaspada.

Sumber: Parenting First Cry

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.