Zamani bakal bertunang dengan gadis pilihan bernama Juliana

Zamani bakal bertunang dengan gadis pilihan bernama Juliana

Zamani dan Julaina sudah lama berkawan dan bakal mengikut tali pertunangan tidak lama lagi.

Penyanyi Zamani mengumumkan akan bertunang dengan gadis pilihannya bernama Juliana.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, mengumumkan perkara itu pada sebuah majlis sambutan Aidilfitri di ibu kota.

Zamani mengakui sudah lama mengenali Juliana atau lebih mesra dipanggil Julie.

Julie juga sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza.

Namun Zamani masih belum mempunyai tarikh yang tepat untuk majlis pertunangannya.

“Masih belum dapat kerana kami masih mencari-cari tarikh yang sesuai. Apapun saya mengharapkan restu peminat agar mendoakan perancangan ini jadi kenyataan dan majlis nanti berjalan lancar,” katanya memetik laporan media.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected] 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.