Anggota tentera beraksi lucah tak layak sarung seragam, kata panglima

Anggota tentera beraksi lucah tak layak sarung seragam, kata panglima

Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti anggota terlibat.

Panglima Tentera Darat, Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
SUNGAI BESI:
Panglima Tentera Darat, Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menegaskan individu terlibat beraksi lucah sambil memakai seragam tentera tidak layak menyarung pakaian itu.

Ahmad berkata, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti anggota berkenaan dan tindakan mengikut tatacara disiplin akan diambil sekiranya didapati benar berlaku.

“Ia merupakan penyakit masyarakat dan tentera darat juga sebahagian dari masyarakat. Kita akan ambil tindakan sekiranya perkara itu benar.

“Pada mereka yang lakukan aksi itu, mereka tidak layak memakai seragam ini,” katanya kepada pemberita di sambutan hari raya tentera darat di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor dilapor berkata penyebaran video berkenaan sedang disiasat polis. Video itu dikatakan dihantar ke kumpulan WhatsApp yang dianggotai pesara tentera.

Bahagian Hal Ehwal Awam Angkatan Tentera Malaysia berkata laporan polis dibuat oleh bekas anggota tentera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.