Haiwan liar boleh dipelihara dengan kebenaran

Haiwan liar boleh dipelihara dengan kebenaran

Ramai yang tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh memelihara haiwan liar, namun perlu menggunakan cara yang betul dengan mendapatkan kebenaran.

Membela haiwan liar bukan semudah apa yang dilihat seperti tersebarnya gambar beruang matahari yang dibela seorang artis baru-baru ini.

Ini kerana ia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak tertentu seperti penguatkuasa daripada Jabatan Perhilitan dan kelulusan daripada menteri di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Membela haiwan liar ini juga tidak boleh dikenali sebagai haiwan peliharaan kerana istilah itu hanya digunakan oleh veterinar, seperti kucing, anjing dan binatang lain yang domestik sahaja.

Sementara haiwan liar ini mempunyai kategori tertentu yang anda perlu menyemaknya sebelum membuat keputusan untuk memeliharanya.

Antara spesis haiwan liar buruan yang dilindungi adalah babi hutan, sesumpah, landak, kijang, rusa, beruk, ular, kelawar, babun dan kluang.

Kesemua spesis ini perlu mendapat kebenaran dari pihak penguatkuasa Jabatan Perhilitan untuk memeliharanya.

Sementara dalam kategori haiwan yang dilindungi sepenuhnya pula, ia perlu mendapatkan kebenaran daripada menteri.

Antaranya ialah kambing gurun, babi bodoh, kucing hutan, harimau belang, harimau kumbang, memerang, beruang matahari, beruang perang, musang dan banyak lagi.

Ingat anda tidak boleh bela sesuka hati jika tidak dapat kebenaran!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.