Buat lemang dalam tin dan cawan kertas

Buat lemang dalam tin dan cawan kertas

Lemang adalah makanan tradisi hari raya Aidilfitri dimana ia menjadi kegemaran orang ramai, apatah lagi dimakan bersama rendang.

Mungkin ramai yang suka makan lemang tapi susah nak cari buluh kan?

Sekarang ini ada pelbagai cara kreatif yang kita boleh cuba untuk hasilkan sendiri “lemang homemade” di rumah.

Guna resepi yang sama macam lemang biasa, cuma diolah sedikit menggunakan bahan yang lebih mudah iaitu menggantikan buluh dengan tin aluminium atau cawan kertas.

Resipi lemang ‘homemade’ guna tin aluminium @ cawan kertas

Berikut adalah resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan:

Beras pulut 3kg

Santan 2kg

Garam secukup rasa

Tin minuman/cawan kertas

Daun pisang

Air secukupnya (agak-agak)

Cara membuat

1. Basuh beras pulut

Pertama sekali, kita basuh beras pulut macam biasa.

2. Rendam pulut dalam santan

Kemudian, rendam dengan santan dan air.

Tambah garam secukup rasa.

Biar pulut terendam lebih kurang 1/2 jam.

3. lapikkan daun pisang dalam tin minuman/cawan kertas

Seterusnya, bersihkan daun pisang dan masukkan ke dalam tin minuman yang dibersihkan atau cawan kertas.

4. Masukkan pulut

Lepas tu bolehlah masukkan pulut ke dalam tin sampai paras yang dikehendaki. Biasanya isi sampai 3/4 je supaya tak penuh sangat dan terkeluar bila masak nanti.

Sambil itu masukkan santan sampai menutupi atau sama paras dengan pulut tadi. Jangan lebih sangat ya nanti lembik.

5. Bakar

Akhir sekalu, bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 180c.

Guna api atas dan bawah

Siap!

Mudah kan? Bila dah siap, bolehlah makan dengan rendang.

Sedap dan lembut je. Puas hati, rupanya memang macam lemang yang dibuat dalam buluh.

Boleh juga kukus kalau tak ada oven di rumah, dapatlah juga makan lemang walaupun tak ada buluh!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.