Malaysia sambut Aidilfitri pada Rabu

Malaysia sambut Aidilfitri pada Rabu

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh hari raya puasa bagi semua negeri malam tadi.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.